Sunday, 29 September 2013

Ustaz Nazmi Karim

Assalamualaikum. 

Nie sedikit maklumat tentang Ustaz Nazmi Karim. Sekarang nie, aku dah gila mendownload ceramah Ustaz Nazmi dari Youtube. Ceramah dia yang aku tengok panjang-panjang, tak main la minit-minit. Semua ambil masa 1 jam lebih. Tapi sesaat pun aku tak rasa bosan. Segar je mata aku sepanjang tengok ceramah dia. Bahasa yang dia guna sempoi-sempoi plak..memang masuk la dengan jiwa orang muda macam aku. 

Aku ambil petikan kata-kata dia dari ceramah, "Korang belajar sirah nie, biar hidup sirah tu. Jangan mati sirah tu." Aku tak tau la betul ke tak. Tapi yang aku faham dari kata-kata Ustaz Nazmi tu, kita nak cerita sirah dekat orang (mungkin pengisian dalam usrah, halaqoh, imaan circle), jangan sampai orang yang dengar tu bosan. Kita sebagai naqib, naqibah, brother, sister yang ada kumpulan usrah sendiri mesti belajar teknik penyampaian berkesan dalam usrah supaya ahli usrah kita sentiasa tertunggu-tunggu "Kakak, bila nak cerita kisah Rasulullah lagi?" 

Korang ikut la cara macam mana sekali pun. Nak ikut Ustaz Nazmi Karim pun boleh. Aku tengok dia guna isu semasa dalam ceramah dia. Walaupun tajuk ceramah dia lain, contohnya Ashabul Ukhdud, Ustaz Nazmi akan cuba selitkan isu Syria, PRU ke-15..siap sound effect lagi. Sebab tu benda yang orang ingat membosankan sebenarnya menyeronokkan. Sebab benda yang dia selit ada kaitan dengan orang yang mendengar. Entah korang faham ke tak apa yang aku cuba sampaikan. Buat-buat je laa faham okeh.


Biodata Ustaz Nazmi Karim

Nama: Ustaz Muhammad Nazmi bin Abdul Karim

Umur: 39 tahun

Tarikh Lahir: 31 Mac 1974

Asal: Kampung Baru, Kuala Lumpur

Tempat Menetap: TTDI Jaya, Shah Alam 

Status: Berkahwin (Seorang isteri dan 4 orang anak)

Pendidikan:
- Ma'had Al-Furqan, Damsyik, Syria (Diploma Syariah dan Bahasa Arab)
- Universiti Al-Azhar, Mesir (Ijazah Syariah dan Bahasa Arab)
- American Open University of Cairo (M.A)

*sumber: 

 

First Blog Post

Assalamualaikum.

Hari nie semangat nak sambung tulis blog datang kembali. Dan ini merupakan blog aku yang kali ketiga. Blog aku yang pertama dan kedua dah hilang sebab lama sangat tak update post. 

Selalunya dalam blog, aku suka tulis benda-benda yang aku memang tak tau (benda yang boleh tambah knowledge). Dan of course aku akan buat research dulu (research la sangat..) then baru karang post. Aku memang tak minat nak tulis pasal daily activities aku. Aku rasa aku macam syok sendiri kalau tulis. Lepas nie kalau aku tulis jugak apa yang aku buat seharian, memang post nie makan tuan dia sendiri.

Aku betul-betul harap sangat blog nie dapat bertahan lama sekurang-kurangnya sampai aku mati nanti, still wujud blog nie..huhu. At least, bila orang baca post yang aku tulis yang insya Allah bermanfaat, dapat juga la saham akhirat aku bertambah. So, keep going on Izzah. Don't be lazy. Takmau, takmau.


Istiqamahkan aku, ya Allah..