Tahun 2014 sangat menguji kesabaran malah Allah menghadirkan segala bentuk ujian (sebenarnya tak layak dipanggil ujian kalau nak dibandingkan dengan apa yang para Anbiya' dah hadapi) buat hamba yang lemah lagi hina nie. Sekarang baru bulan Februari (boleh dikira sebagai awal tahun lagi). Maka aku kena persiapkan diri untuk tempuh ujian yang bakal mendatang. Kena bina shield yang kuat dan teguh, mungkin perlu guna super steel atau tok nenek kepada aluminium, besi dan spesies yang seangkatan. Supaya ujian yang Allah hadirkan tak dapat meretakkan apatah lagi meranapkan terus bangunan kesabaran yang aku bina selama nie. Apa aku merepek nie..
Cara Praktikal untuk Tingkatkan Kesabaran
Selalunya bila kita rasa nak marah atau menangis, ada orang yang duduk di sebelah kita cuba menenangkan kita dengan menyapu belakang badan atau memeluk bahu sambil berkata:
"Sabar ye Izzah. Sabar kan separuh daripada iman. Allah nak uji kita ler tu. Dah takmau nanges-nanges. Nanti tak comel dah Izzah comel nie (yang nie saja menambah fakta ;p)."Rasa taknak berhenti nangis dengar orang pesan macam tu. Serius tak boleh. Memang air mata turun laju-laju lagi bila dengar pesanan jenis macam tu. Jadi aku dah buat list dekat bawah nie. Praktikal bagi aku, mungkin kureng bagi orang lain.
1. Pesan siap-siap dekat kawan. Nampak je nangis, sound terus. Lagi drastik, amek complete package: [sound + tampar sedas dekat belakang badan]
"Eh lembiknya Izzah. Cuba tough sikit." Dush!!2. Tinggalkan terus orang nangis-nangis nie. Peringkat awal nie selalunya kita nasihat konfem dia tak dengar. Kalau berlarutan hingga 2-3 hari tak henti-henti jugak nangis, boleh cuba cara nombor 1.
3. Sambil nangis, sambil sebut gadget yang kita dah kumpul, jumlah duit gaji yang ada dalam bank, senarai jenis makanan yang kita dah makan selama kita hidup, senarai negara yang kita dah melawat.
"Isk isk aku cuma ada Ipad Air, Samsung Galaxy Tab, Nikon DSLR, isk isk dalam bank ada RM 9000 je. Isk isk Western aku pernah makan, Arabian sampai naik muak. Orang lain semua dah cuba Korean food, aku je belum. Isk isk.."4. Pi kedai buku, cari buku yang relate dengan topik perjuangan Rasulullah SAW dalam menyebarkan dakwah Islamiyah. Baca sampai habis dan pesan pada diri sendiri:
"Ya Allah...besarnya ujian yang aku tempuh sekarang nie (ayat orang tak sedar diri ataupun ayat orang yang selak-selak buku hanya untuk tengok gambar)."Kalau tersenyum sendiri lepas cakap macam tu, insya Allah ada sinar iman lagi dalam diri..ada harapan untuk perbaiki kesabaran ;p
Surah Ali Imran, ayat 200:
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung.
Tu Allah SWT dah pesan siap dalam Al-Quran. Bak kata menteri perasan-cerdik-pandai-tak-sedar-diri-tu-bodoh-sombong, rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan sistem politik negara ini, sila keluar dari Malaysia. Maka kalau takmau dengar arahan Allah SWT, dipersilakan halimunankan diri dari seisi dunia. Nak pergi mana agak-agak? Guna kain ajaib Harry Potter pun dapat dikesan orang. Fuhh..memang tak sanggup la den..
Jadi mulai saat ini, kamu yang bernama Izzah kena sentiasa bersabar walaupun diri rasa dah tak mampu sabar sangat dah. Sentiasa cuba tingkatkan ketinggian sabar walaupun yang naik hanya setinggi 0.1 mm. Sentiasa sabar, terus bersabar dan berjanji untuk bersabar di masa akan datang. Wassalam.
p/s: ada masa nanti nak cek la berapa jumlah perkataan 'sabar' dalam post nie..