Sunday, 22 June 2014

Kecewa Seorang Anak

Assalamualaikum.

Dah lama tak update blog. Post kali nie pun amek dalam arkib blog dalam pendrive. Tulis dulu dalam microsoft word dapat internet baru up dalam blog..huhu. Izzah memang pemalas. Cerita di bawah memang tak ada kaitan dengan tuan punya blog nie apatah lagi tuan punya blog lain..tak kisahlah tuan punya blog lain tu dah meninggal atau belum. Huh..memang banyak makan kerepek.

Kisahnya berkisar tentang permintaan si anak yang ditolak oleh sang ibu. Si anak mahu membeli kereta terpakai. Si anak sudak periksa kesemuanya. Mileage yang rendah, kondisi kereta yang masih baru, harga yang ditawarkan berpatutan. Pendek kata, si anak yakin jika dia membeli kereta itu, dia telah membuat pilihan yang sangat tepat dan bijak. Dia menyuarakan hal itu kepada sang ibu bagi mendapatkan sokongan.

Malangnya, sang ibu menolak bulat-bulat permintaan si anak.Tambah menyedihkan hati si anak, sang ibu diam membisu tidak memberi sebab munasabah kenapa larangan untuk membeli kereta terpakai itu dikeluarkan.

Apa lagi. Bertambah kecewa lah si anak. Si anak beranggapan sang ibu tidak faham isi hati anak sendiri. Si anak melancarkan gencatan suara. Antara kandungan gencatan tersebut ialah si anak dilarang bersuara/berbual dengan ibunya, dilarang keluar bilik kecuali terpaksa, tidak membantu sang ibu di dapur, dll. Akibat terlampau kecewa, si anak terus-terusan menangis di dalam bilik. Sambil menangis, si anak teringat segala perbuatan sang ibu yang melukakan hatinya. Satu persatu muncul dalam bayangan minda si anak.

Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Si anak mula lupa akan hasratnya mahu membeli kereta terpakai. Gencatan suara sudah lama batal kerana si anak sendiri yang mula berbual dengan sang ibu, si anak keluar bilik untuk membantu sang ibu di dapur. Tidak lama kemudian, sang ibu pergi menghadap Ilahi. Si anak berasa sangat sedih dan menangis teresak-esak.

Seminggu selepas itu, si anak mendapat segala yang dihajatinya sebelum ini. Segala benda yang sang ibu tidak setuju semasa hidupnya seperti kereta terpakai berada dalam tangan si anak kini. Si anak bebas melakukan apa saja tanpa larangan oleh sang ibu lagi. Si anak juga tidak perlu meminta kebenaran sang ibu jika hendak membuat apa pun. Namun demikian, si anak mula rindu akan larangan sang ibu. Kerana tanpa tegahan dan larangan sang ibu, si anak leka melakukan apa sahaja tanpa berfikir panjang sehingga duitnya habis dibelanjakan membeli benda-benda yang tidak penting.
Akhirnya, si anak diisytihar muflis.

Pengajaran:
1. Kita hendaklah sentiasa bersabar dengan segala tindakan ibu kita. Sentiasa semat dalam diri bahawa ibu melarang pasti ada sebab yang munasabah. Ibu mana yang tidak sayang anaknya, hatta ibu kucing sekalipun ada rasa kasih terhadap anaknya.
2. Kita hendaklah taat pada arahan ibu selagi mana arahannya tidak bertentangan dengan syarak. Taatlah pada ibu selagi mana dia masih hidup. Jangan waktu ibu kita meninggal, baru kita terhegeh-hegeh nak sedih, minta maaf sebab menyesal bla bla bla.
3. Kita hendaklah sayang pada ibu dengan memikirkan betapa perit beban yang ditanggungnya selama 9 bulan yang begitu setia mengusung kita ke sana ke mari di dalam perutnya.
4. Korbankan perasaan kita yang tak penting (kecewa permintaan ditolak, terasa hati dengan kata-katanya). Pengorbanannya lagi besar berbanding kita yang baru sesaat dua bernafas atas Bumi.
5. Setiap kali kecewa dengan perbuatan ibu, sentiasa fikirkan perbuatan ibu yang menghiburkan hati kita. Jika difikirkan, berjuta kali ganda banyaknya perbuatan ibu yang menggembirakan hati kita berbanding sekali dua perbuatannya yang mengguris hati kita.

p/s: Internet slow..tak dapat masukkan gambar. Post kali nie touching sikit sebab rindu sangat dengan ummi. Tak dapat call sebab ummi ada Family Day dekat Pulau Tioman dengan kawan-kawan satu ofis. Nanti call menganggu pulak :'(

Friday, 21 February 2014

Sabar..please jangan pergi..

Assalamualaikum. Bersyukur sangat dapat log in. Ini la akibat minum air yang di dalamnya ada semut. Huh..penat mencuba segala kombinasi emel dan password. Alhamdulillah 'ala kulli hal :)

Tahun 2014 sangat menguji kesabaran malah Allah menghadirkan segala bentuk ujian (sebenarnya tak layak dipanggil ujian kalau nak dibandingkan dengan apa yang para Anbiya' dah hadapi) buat hamba yang lemah lagi hina nie. Sekarang baru bulan Februari (boleh dikira sebagai awal tahun lagi). Maka aku kena persiapkan diri untuk tempuh ujian yang bakal mendatang. Kena bina shield yang kuat dan teguh, mungkin perlu guna super steel atau tok nenek kepada aluminium, besi dan spesies yang seangkatan. Supaya ujian yang Allah hadirkan tak dapat meretakkan apatah lagi meranapkan terus bangunan kesabaran yang aku bina selama nie. Apa aku merepek nie..

Cara Praktikal untuk Tingkatkan Kesabaran
Selalunya bila kita rasa nak marah atau menangis, ada orang yang duduk di sebelah kita cuba menenangkan kita dengan menyapu belakang badan atau memeluk bahu sambil berkata:
"Sabar ye Izzah. Sabar kan separuh daripada iman. Allah nak uji kita ler tu. Dah takmau nanges-nanges. Nanti tak comel dah Izzah comel nie (yang nie saja menambah fakta ;p)."
Rasa taknak berhenti nangis dengar orang pesan macam tu. Serius tak boleh. Memang air mata turun laju-laju lagi bila dengar pesanan jenis macam tu. Jadi aku dah buat list dekat bawah nie. Praktikal bagi aku, mungkin kureng bagi orang lain.

1. Pesan siap-siap dekat kawan. Nampak je nangis, sound terus. Lagi drastik, amek complete package: [sound + tampar sedas dekat belakang badan]
"Eh lembiknya Izzah. Cuba tough sikit." Dush!!
2. Tinggalkan terus orang nangis-nangis nie. Peringkat awal nie selalunya kita nasihat konfem dia tak dengar. Kalau berlarutan hingga 2-3 hari tak henti-henti jugak nangis, boleh cuba cara nombor 1.

3. Sambil nangis, sambil sebut gadget yang kita dah kumpul, jumlah duit gaji yang ada dalam bank, senarai jenis makanan yang kita dah makan selama kita hidup, senarai negara yang kita dah melawat.
"Isk isk aku cuma ada Ipad Air, Samsung Galaxy Tab, Nikon DSLR, isk isk dalam bank ada RM 9000 je. Isk isk Western aku pernah makan, Arabian sampai naik muak. Orang lain semua dah cuba Korean food, aku je belum. Isk isk.."
4. Pi kedai buku, cari buku yang relate dengan topik perjuangan Rasulullah SAW dalam menyebarkan dakwah Islamiyah. Baca sampai habis dan pesan pada diri sendiri:
"Ya Allah...besarnya ujian yang aku tempuh sekarang nie (ayat orang tak sedar diri ataupun ayat orang yang selak-selak buku hanya untuk tengok gambar)."
Kalau tersenyum sendiri lepas cakap macam tu, insya Allah ada sinar iman lagi dalam diri..ada harapan untuk perbaiki kesabaran ;p



Surah Ali Imran, ayat 200:
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung.

Tu Allah SWT dah pesan siap dalam Al-Quran. Bak kata menteri perasan-cerdik-pandai-tak-sedar-diri-tu-bodoh-sombong, rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan sistem politik negara ini, sila keluar dari Malaysia. Maka kalau takmau dengar arahan Allah SWT, dipersilakan halimunankan diri dari seisi dunia. Nak pergi mana agak-agak? Guna kain ajaib Harry Potter pun dapat dikesan orang. Fuhh..memang tak sanggup la den..

Jadi mulai saat ini, kamu yang bernama Izzah kena sentiasa bersabar walaupun diri rasa dah tak mampu sabar sangat dah. Sentiasa cuba tingkatkan ketinggian sabar walaupun yang naik hanya setinggi 0.1 mm. Sentiasa sabar, terus bersabar dan berjanji untuk bersabar di masa akan datang. Wassalam.

p/s: ada masa nanti nak cek la berapa jumlah perkataan 'sabar' dalam post nie..