Assalamualaikum.
Dah lama tak update blog. Post kali nie pun amek dalam arkib blog dalam pendrive. Tulis dulu dalam microsoft word dapat internet baru up dalam blog..huhu. Izzah memang pemalas. Cerita di bawah memang tak ada kaitan dengan tuan punya blog nie apatah lagi tuan punya blog lain..tak kisahlah tuan punya blog lain tu dah meninggal atau belum. Huh..memang banyak makan kerepek.
Kisahnya berkisar tentang permintaan si anak yang ditolak oleh sang ibu. Si anak mahu membeli kereta terpakai. Si anak sudak periksa kesemuanya. Mileage yang rendah, kondisi kereta yang masih baru, harga yang ditawarkan berpatutan. Pendek kata, si anak yakin jika dia membeli kereta itu, dia telah membuat pilihan yang sangat tepat dan bijak. Dia menyuarakan hal itu kepada sang ibu bagi mendapatkan sokongan.
Malangnya, sang ibu menolak bulat-bulat permintaan si anak.Tambah menyedihkan hati si anak, sang ibu diam membisu tidak memberi sebab munasabah kenapa larangan untuk membeli kereta terpakai itu dikeluarkan.
Apa lagi. Bertambah kecewa lah si anak. Si anak beranggapan sang ibu tidak faham isi hati anak sendiri. Si anak melancarkan gencatan suara. Antara kandungan gencatan tersebut ialah si anak dilarang bersuara/berbual dengan ibunya, dilarang keluar bilik kecuali terpaksa, tidak membantu sang ibu di dapur, dll. Akibat terlampau kecewa, si anak terus-terusan menangis di dalam bilik. Sambil menangis, si anak teringat segala perbuatan sang ibu yang melukakan hatinya. Satu persatu muncul dalam bayangan minda si anak.
Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Si anak mula lupa akan hasratnya mahu membeli kereta terpakai. Gencatan suara sudah lama batal kerana si anak sendiri yang mula berbual dengan sang ibu, si anak keluar bilik untuk membantu sang ibu di dapur. Tidak lama kemudian, sang ibu pergi menghadap Ilahi. Si anak berasa sangat sedih dan menangis teresak-esak.
Seminggu selepas itu, si anak mendapat segala yang dihajatinya sebelum ini. Segala benda yang sang ibu tidak setuju semasa hidupnya seperti kereta terpakai berada dalam tangan si anak kini. Si anak bebas melakukan apa saja tanpa larangan oleh sang ibu lagi. Si anak juga tidak perlu meminta kebenaran sang ibu jika hendak membuat apa pun. Namun demikian, si anak mula rindu akan larangan sang ibu. Kerana tanpa tegahan dan larangan sang ibu, si anak leka melakukan apa sahaja tanpa berfikir panjang sehingga duitnya habis dibelanjakan membeli benda-benda yang tidak penting.
Akhirnya, si anak diisytihar muflis.
Pengajaran:
1. Kita hendaklah sentiasa bersabar dengan segala tindakan ibu kita. Sentiasa semat dalam diri bahawa ibu melarang pasti ada sebab yang munasabah. Ibu mana yang tidak sayang anaknya, hatta ibu kucing sekalipun ada rasa kasih terhadap anaknya.
2. Kita hendaklah taat pada arahan ibu selagi mana arahannya tidak bertentangan dengan syarak. Taatlah pada ibu selagi mana dia masih hidup. Jangan waktu ibu kita meninggal, baru kita terhegeh-hegeh nak sedih, minta maaf sebab menyesal bla bla bla.
3. Kita hendaklah sayang pada ibu dengan memikirkan betapa perit beban yang ditanggungnya selama 9 bulan yang begitu setia mengusung kita ke sana ke mari di dalam perutnya.
4. Korbankan perasaan kita yang tak penting (kecewa permintaan ditolak, terasa hati dengan kata-katanya). Pengorbanannya lagi besar berbanding kita yang baru sesaat dua bernafas atas Bumi.
5. Setiap kali kecewa dengan perbuatan ibu, sentiasa fikirkan perbuatan ibu yang menghiburkan hati kita. Jika difikirkan, berjuta kali ganda banyaknya perbuatan ibu yang menggembirakan hati kita berbanding sekali dua perbuatannya yang mengguris hati kita.
p/s: Internet slow..tak dapat masukkan gambar. Post kali nie touching sikit sebab rindu sangat dengan ummi. Tak dapat call sebab ummi ada Family Day dekat Pulau Tioman dengan kawan-kawan satu ofis. Nanti call menganggu pulak :'(
No comments:
Post a Comment